Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRN Sabah: “Warisan akan bertanding secara solo & kita tawarkan keupayaan kita” – Shafie

LAHAD DATU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Tegasnya, Warisan merupakan parti berbilang kaum dan sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Tambah Ahli Parlimen Semporna itu, walaupun pelbagai spekulasi dibuat, namun tetap tiada sebarang bentuk kerjasama yang dibuat dengan mana-mana parti dan Warisan selesa untuk bergerak sendiri.

“Kita nyatakan tidak pernah ada perbincangan, keputusan, bergabung dengan mana-mana parti setakat ini. Warisan akan bertanding secara solo dan kita tawarkan keupayaan kita… mungkin kita tidak banyak duit, tetapi pemimpin-pemimpin orang Sabah di sini, tidak kira bangsanya semuanya di sini.

“Kita menyatakan bahawa keupayaan kita untuk meletakkan Sabah dan rakyat Sabah di landasan yang sepatutnya…” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian bantuan serta sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Daerah Kecil Tungku, di sini pada Sabtu.

Sumber: Awani

Exit mobile version