TAWAU: Seorang lelaki dicekup polis bersama 4 paket syabu, dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, baru-baru ini.
Polis Tawau dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menerusi Op Tapis di daerah itu.
“Pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki kelihatan mencurigakan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Batu 4, Jalan Apas.
“Semasa pemeriksaan dilakukan, dijumpai empat paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu berlainan berat dengan anggaran berat 6,92gram disembunyikan oleh suspek.
“Kawasan sekitar rumah turut digeledah namun tidak menjumpai apa-apa barang salah,” katanya, di sini hari ini.
Suspek berusia 36 tahun itu dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif Methamphemine dan Amphetamine.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.