Site icon TUHAU BAMBANGAN

Diserang penganggur warga asing guna pisau, lelaki alami luka di muka & jari

TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan jari selepas diserang menggunakan sebilah pisau oleh seorang lelaki warga asing dalam satu kejadian di sebuah bilik sewa di bangunan Sabindo, semalam.

Polis Tawau, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan dari mangsa yang berusia 20-an yang tambil mebuat laporan polis di balai.

“Semasa berada di bilik sewa di bangunan Sabindo, mangsa seorang lelaki berusia 20 an telah diserang oleh seorang lelaki yang dikenali menggunakan sebilah pisau kerana salah faham.

“Akibat serangan itu, beliau telah mengalami luka di bahagian muka dan jari.

“Suspek turut merampas beg sandang milik pengadu mengandungi beberapa barang peribadi sebelum pengadu tampil di balai polis untuk membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Susulan laporan yang dibuat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau telah menjalankan operasi bagi mengesan dan menahan suspek di kawasan Sabindo.

Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan penganggur warganegara asing berusia 20-an dan memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, polis turut merampas sebilah pisau disyaki barang kes terlibat.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Exit mobile version