KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas terjatuh gaung yang dilaporkan hilang selama tiga hari ditemui meninggal dunia di Kampung Tombongon, Menggatal di sini, kelmarin,
Mangsa berusia 77 tahun dijumpai oleh orang kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk membantu mengangkat mangsa jatuh di gaung itu pada jam 1.20 petang.
“Susulan panggilan itu, seramai sembilan anggota bomba dari BBP Lintas telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 2.05 petang.
“Lapor setibanya di lokasi terdapat seorang mangsa terjatuh di gaung yang dilaporkan hilang selama tiga hari dan telah dijumpai oleh orang kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Tindakan pasukan bomba menggunakan sistem tali untuk membawa naik mangsa.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Mayat mangsa seterusnya telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 petang.
Maklumat Mangsa
Nama: –
Umur/Jantina: 77 Tahun/ Lelaki
Status: Meninggal Dunia
Maklumat Keanggotaan dan logistik:-
Jumlah Anggota: 9 Anggota
Jentera: EMRS-1 & NAVARA-1
Pegawai yang boleh dihubungi:
Ketua Balai BBP Lintas
PKPgB Agustavia Joe Guasi – 012-8178843