Site icon TUHAU BAMBANGAN

457 hari bebas Covid-19, kini Brunei lapor 8 kes positif.

Kementerian Kesihatan Brunei telah melaporkan tujuh kes positif tempatan, manakala satu merupakan kes import pada Sabtu lepas.

Penambahan jumlah baru kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 347 jangkitan.

Sebanyak lima kes baru didapati berkait rapat dengan sebuah pusat pemantauan Wabak Covid-19 dimana ia merupakan lokasi pengasingan buat warga serta individu yang masuk dari luar negara.

“Kesemua lima kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan keluar negara dalam masa beberapa bulan sebelum ini.”

“Dipercayai, kluster ini berkemungkinan tinggi berpunca daripada seorang individu yang tiba di Brunei Darussalam” menurut Kementerian Kesihatan Brunei.

Tujuh kes tempatan terdiri daripada individu berusia 23 hingga 54 tahun dan kesemua mereka telah mendapat 2 dos suntikan vaksin.

Manakala, bagi kes ke lapan iaitu kes import ialah seorang lelaki berumur 34 tahun yang tiba pada 30 Julai 2021 daripada Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1874.

Dengan pengesanan kes-kes terbaharu ini, ianya sekali gus menamatkan rekod sifar jangkitan tempatan di Brunei Darussalam selama 457 hari sejak kes terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020 yang lalu.

Exit mobile version