Site icon TUHAU BAMBANGAN

Penagih dadah ditahan, syabu dirampas di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki disyaki penagih dadah ditahan polis di kawasan batu 3 pada malam Ahad lalu (23 Feb).

Turut dirampas satu paket plastik berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.27 gram.

Penahanan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau.

“Semasa membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor, seorang lelaki kelihatan mencurigakan telah diperiksa oleh anggota polis yang bertugas dan menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.27gram.

“Suspek yang berusia 55 tahun itu kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut,” jelas Polis Tawau dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif Methamphemine dan Amphetamine.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Exit mobile version