TAWAU: Seorang remaja perempuan dilaporkan telah dicabul oleh bapa saudaranya ketika menonton televisyen di rumah neneknya di sini, baru-baru ini.
Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan terhadap suspek dibuat kurang dari 24 jam selepas laporan polis diterima.
“Semasa menonton televisyen di rumah neneknya, seorang remaja perempuan telah didatangi oleh bapa saudaranya yang tiba-tiba meraba bahagian badannya secara paksa.
“Mangsa yang merasa ketakutan telah memberitahu ibunya yang membawa kepada laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai bertindak pantas mengesan dan menahan suspek seorang lelaki berusia 30-an berhubung kes cabul yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Suspek seterusnya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.