Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki warga asing ditahan, disyaki edar dadah di Penampang

Gambar: Polis Penampang

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing, 33 tahun ditahan polis petang kelmarin selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

Tangkapan tersebut telah dilaksana oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada lebih kurang jam 4 petang.

Polis Penampang berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 5.49 gram yang dianggarkan bernilai RM850.00 dalam simpanan suspek.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan penjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.

Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar boleh berhubung lanjut di Balai Polis yang berhampiran.

Exit mobile version