Site icon TUHAU BAMBANGAN

Polis KK tegaskan siasatan dibuat ikut lunas undang-undang, tapi keputusan kes dibawah kuasa mahkamah

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah ini menjelaskan bahawa setiap laporan polis yang diterima akan disiasat pihaknya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, siasatan dijalankan secara profesional dan telus bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

“Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa keputusan terhadap sesuatu kes adalah di bawah bidang kuasa pihak mahkamah.

“PDRM hanya bertanggungjawab mengumpul bukti, menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Oleh itu, semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat berhubung proses siasatan dan perbicaraan sesuatu kes,” dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Kasim lagi, PDRM sentiasa komited dalam menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Exit mobile version