Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sabah Electricity dianggar catat kerugian RM30 juta akibat kegiatan curi karan

Gambar: Sabah Electricity

KOTA KINABALU: Sabah Electricty menganggarkan kerugian setahun iaitu kira-kira sebanyak RM30 juta bersamaan 2 peratus akibat dari kegiatan penyambungan haram atau mencuri karan.

Sabah Electricity dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan statisitik tahun 2024, sebanyak 1,000 Operasi telah dilaksanakan termasuk 200 Operasi Bersepadu dan 800 Operasi Dalaman.

Justeru itu, katanya, pihaknya bertekad untuk meneruskan momentum dalam menbanteras Sambungan Haram diseluruh Sabah.

“Oleh itu, pihak Sabah Electricity bersama-sama dengan agensi luar telah pun melancarkan satu Operasi bersepadu membanteras kegiatan sambungan haram pada 18 Februari lalu di sekitar Kota Kinabalu.

“Dalam Operasi ini, terdapat anggaran lebih kurang 50 buah rumah yang telah membuat penyambungan bagi mendapatkan bekalan elektrik tidak sah. Selain itu, anggaran sebanyak 800kg wayar aluminium telah dipotong dan dirampas hasil dari Operasi Bersepadu ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Operasi bersepadu kali ini disertai sendiri oleh pihak pengurusan Sabah Electricity Chief Operating Officer (Ir. Mohd Yusmanizam Bin Mohd Yusof), Chief Retail Officer (Ahmad Nassaruddin Bin Kamaruzaman), Head Distribution O&M Central Region (Ir. Ts Sudalli Bin Sabtuahim) dan Pengurus Kanan CERA KK (Ir. Ts. Christina Chin Kim Oi) bersama dengan anggota kerja bahagian Retail dan Distribution. Selain itu, beberapa agensi kerajaan juga turut serta seperti ECoS, PDRM, Jabatan Air, Jabatan Imigresen, dan DBKK bagi menjayakan Operasi pada kali ini.

Sabah Electricity akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati terlibat dengan kegiatan penyambungan atau pengusikan pepasangan Sabah Electricity selari dengan peruntukan Seksyen 61 (3) Enakmen Bekalan Elektrik.

Seluruh warga Sabah Electricity diseru agar dapat melaporkan dan bertindak bersama dalam memberhentikan kegiatan sambungan haram. Jenayah ini boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 61 (3) Enakmen Bekalan Elektrik dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version