Site icon TUHAU BAMBANGAN

Selisih faham punca lelaki warga emas maut ditikam isteri

KAJANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam isterinya selepas berselisih faham dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian sekitar pukul 11.05 pagi itu, polis menerima maklumat orang awam berhubung pergaduhan pasangan suami isteri itu di hadapan rumah mereka.

Menurut beliau, sepasukan polis yang tiba mendapati mangsa seorang lelaki warganegara berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia.

“Pisau yang digunakan dalam kejadian telah dirampas bersama beberapa sampel barang kes lain bagi membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 59 tahun iaitu isteri mangsa telah ditangkap bagi membantu siasatan dan direman selama lima hari bermula hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah ACP Naazron, bedah siasat di Hospital Serdang yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian adalah disebabkan beberapa kecederaan akibat tikaman.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Exit mobile version