Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kenapa geng 80-an nampak lebih muda, tapi geng 90-an cepat nampak matang?

Gambar: Facebook Public Health Malaysia (PHM)

ISU kelahiran 80-an kelihatan lebih muda berbanding kelahiran 90-an yang dilihat lebih matang menjadi antara topik perbualan ramai di media sosial.

Sama-sama kita lihat perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran yang dibuat laman Facebooknya sebentar tadi.

“Di media sosial, ramai mula perasan. Geng 80-an nampak lebih muda, geng 90-an pula cepat nampak matang. Kenapa?

“Dulu, budak 80-an balik sekolah, campak beg, terus main kejar-kejar, panjat pokok. Geng 90-an pula membesar dengan PlayStation, komputer, dan akhirnya skrol media sosial,” kongsinya yang jika dilihat dari segi gaya hidup kedua tahun kelahiran ini juga sudah berbeza.

Tambah PHM, kurang pergerakan menjadi antara punca boleh menampakkan kita lebih cepat matang atau kasarnya lebih cepat tua, selain metabolisme pun perlahan, badan cepat letih, muka cepat nampak berusia.

“Makanan pun berbeza. Dulu lauk panas, air suam. Sekarang fast food, air manis, dan boba. Gula dan makanan proses merosakkan kolagen kulit, sebab tu ramai geng 90-an struggle dengan kulit kusam dan badan cepat naik.

“Tekanan hidup pun makin awal. Umur 25 dah kena fikir kerja, kahwin, rumah, kewangan. Stres buat hormon kortisol naik, hasilnya jerawat, rambut gugur, wajah nampak lesu.

“Tidur pun tak macam dulu. Zaman 80-an tidur awal sebab TV pun ada waktu tamat siaran. Sekarang Netflix, TikTok, skrol sampai pagi. Kurang tidur buat kulit tak sempat repair, mata lebam, muka nampak lesu.

“Ditambah pula dengan pencemaran, kurang udara segar, lebih banyak penghawa dingin, kulit pun penat,” tulisnya lebih kurang dua jam lalu dan kini hantaran tersebut sudah mencecah 10,000 LIKE, 1,300 COMMENT dan 4,000 SHARE.

“Nak reverse aging? Kurangkan gula, lebihkan gerak, tidur cukup, dan jangan stress sangat. Awet muda bukan pasal umur, tapi gaya hidup,” tutupnya.

Sumber: PHM

Exit mobile version