Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki warga asing curi kereta di Penampang, berjaya diberkas polis di Jalan Merotai ketika cuba larikan diri

Gambar: PDRM Tawau

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berjaya diberkas polis ketika cuba melarikan diri bersama kenderaan yang dicurinya dari Penampang dalam kejadian di Jalan Merotai – Kalabakan.

Polis Tawau dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan tersebut dibuat semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Ronda Cegah Kemalangan sempena Ops Selamat Tahun Baru Cina di jalan tersebut.

“Sebuah kenderaan jenis Nissan berwarna putih telah bertindak memecut laju dan tidak berhenti untuk pemeriksaan polis trafik.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau yang berada di tempat kejadian bertindak pantas dan segera memeriksa nombor kenderaan dan mendapati kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang di Penampang.

“Polis kemudiannya mengejar kenderaan tersebut dan berjaya menahan suspek seorang lelaki warga asing berumur 50an di kawasan Merotai,” jelas kenyataan itu.

Suspek dialporkan turut bertindak agresif dan cuba melawan polis berjaya ditahan manakala kenderaan yang digunakan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Exit mobile version