Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sabah berupaya lancar vaksinasi 60 ribu dos sehari jika bekalan vaksin tersedia

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ada keupayaan untuk melakukan vaksinasi sehingga 60 ribu dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yang diperlukan tersedia dan tidak ada gangguan kepada jadual penghantaran kes Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang.

“Ini bermakna 60% penduduk Sabah yang perlu divaksin boleh memperoleh vaksin penuh (dua dos) menjelang 21 September 2021,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 negeri Sabah pada semalam (5 Ogos).

Seluruh daerah di negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 569 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang sudah ditetapkan sungguhpun pelbagai seruan serta saranan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Sumber: UBJPBCNS

Exit mobile version