Site icon TUHAU BAMBANGAN

Anak penggal kepala bapa kandung guna parang hingga putus di khalayak penduduk kampung

JAWA TIMUR – Seorang lelaki warga emas mati secara tragis di tangan anak sendiri apabila anak kandungnya yang berusia 29 tahun telah memenggal kepalanya hingga putus di khalayak penduduk sekitar dalam kejadian bunuh di Dusun Jadukan, Jember, Jawa Timur pada Isnin.

Insiden yang berlaku berhampiran rumah mangsa turut menggemparkan warga Desa Mojosari, Kecamatan Puger.

Suspek dikenali sebagai Akbar, membunuh bapa kandungnya, Haji Jenuri, 61, yang merupakan pemilik kedai bangunan di kampung tersebut.

“Lebih sadis, tubuhnya berada di pinggir jalan dekat tiang bendera manakala kepalanya ditemui di rumah tetangga sejauh 200 meter dari lokasi kejadian,” kata jurucakap pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Pembunuhan mengerikan yang memaparkan pelaku memenggal leher mangsa hingga putus menggunakan parang itu disaksikan penduduk.

Saksi yang terkejut hanya mampu menjerit meminta tolong.

Selepas membunuh bapanya, suspek cuba menamatkan riwayatnya, namun hanya cedera dan kini dirawat di hospital.

“Kami akan mengambil keterangan daripadanya dan polis masih menyiasat motif pembunuhan terhadap bapa kandungnya itu. Siasatan awal mendapati suspek mungkin mengalami depresi kerana dia sering naik angin sejak akhir-akhir ini.

“Mangsa sempat memanggil ‘orang pintar’ untuk mengubati anaknya, namun berakhir tragedi,” kata Koptu Herman Jatmiko.

Difahamkan, jasad korban juga sudah dibawa di RSD dr Soebandi Jember untuk proses autopsi. – Agensi

Exit mobile version