RANAU: Dua pacuan empat roda dilaporkan bertembung dalam kejadian kemalangan di Jalan Lohan, semalam menyebabkan dua mangsa cedera dikejarkan ke hospital.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.05 malam.
“Seramai enam anggota pasukan Bomba dari BBP Ranau bersama tiga anggota perubatan, KKM dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 9 kilometer dan tiba pada jam 10.15 malam.
“Lapor kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Rav4 dan sebuah Toyota Land Crusier dilaporkan telah bertembung.
“Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat, dua orang mangsa iaitu pemandu setiap kenderaan tersebut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.
“Seorang lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Seterusnya kedua-dua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital menaiki jentera EMRS Bomba dan Ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.37 malam.