Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki maut, pacuan empat roda dipandu terbabas sendiri di tepi jalan

Gambar: Bomba Sabah

SANDAKAN: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sendiri ke tepi jalan dalam kejadian kemalangan di Jalan Fok Hin Batu 12, petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sankui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.42 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota Bomba dari BBP Sandakan bersama agensi PDRM dan KKM telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer dan tiba pada jam 6.10 petang.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Storm terbabas sendiri di tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa terlibat dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh KKM yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pasukan Bomba membuat pemeriksaan Kawasan kejadian bagi memastikan tiada lagi bahaya lain seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam.

Exit mobile version