Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki dibaham buaya sempat minta tolong, bot dinaiki bersama 3 rakan terbalik dan karam di Kinabatangan

KINABATANGAN: Seorang lelaki dilaporkan menjadi mangsa baham buaya selepas bot yang dinaiki bersama tiga lagi rakan sekerjanya terbalik lalu karam dalam kejadian di Kampung Bilit di sini, petang tadi.

Mangsa baham buaya, Maznin Kahar, 40 tahun, bagaimanapun belum berjaya ditemui, manakala tiga rakannya berjaya menyelamatkan diri ke tebing sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.35 petang.

“Menurut maklumat daripada waris mangsa, pada jam 1 petang hari ini mangsa bersama tiga orang rakan sekerja menaiki sebuah bot yang membawa muatan kayu belian dari tempat pemunggahan menuju ke tempat pemunggahan muatan kayu tersebut.

“Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naimi terlanggat suatu objek menyebabkan boy mereka naiki terbalik dan karam.

“Tiga orang mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala satu orang mangsa meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya namun tidak dapat berjaya diselamatkan oleh rakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan radius pencarian 1 kilometer bersama empat anggota polis dengan bantuan empat orang penduduk kampung menggunakan satu unit bot milik penduduk kampung.

Bagaimanapun, mangsa masih belum dijumpai dan operasi SAR ditangguhkan pad jam 5.39 petang dan akan disambung hari esok.

Exit mobile version