Site icon TUHAU BAMBANGAN

112 rumah, 20 kereta, 1 masjid dan 1 surau terjejas akibat angin kencang di 4 buah kampung di Semporna

Gambar: Bomba Sabah

SEMPORNA: Sebanyak 112 rumah, 20 kereta, 1 masjid dan 1 surau terjejas akibat kejadian bencana alam atau angin kencang melibatkan empat buah kampung di daerah ini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.21 pagi.

“Seramai 14 anggota pasukan Bomba dari BBP Semporna dan BBP Atas Air Semporna serta agensi lain seperti SESB telah dikejarkan ke lokasi, iaitu di Jalan Simunul Kampung Selamat sejauh 2 kilometer dan tiba pada jam 6.28 pagi.

“Lapor setibanya di lokasi kejadian, benar berlaku terdapat perkampungan atas air mengalami kerosakan serta roboh dan berlaku litar pintas (wayar putus) berpunca daripada angin kencang.

“Bagaimanapun, dalam kejadian ini tiada melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan dan mengarahkan penduduk untuk keluar ke kawasan selamat, manakala pemantuan akan terus dijalankan secara berterusan di kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Dianggarkan lebih kurang rumah kediaman, masjid, surau serta kenderaan terjejas di perkampungan berikut:-

Kampung Selamat (68 buah rumah, 1 masjid, 5 kenderaan); Kampung Seri Aman (11 buah rumah, 15 kenderaan); Kampung Sejati (24 rumah); dan Kampung Batu (9 buah rumah, 1 surau).

Exit mobile version