Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki warga emas hilang, keluar rumah tanpa maklum ahli keluarga

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah pagi kelmarin tanpa memaklumkan ahli keluarga dan tidak pulang hingga hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Rajim Kemad, 81 tahun dipercayai telah keluar dari rumahnya di Kampung Keguraan pada sekitar jam 8 pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu hanya pada jam 2.51 petang hari ini.

“Bilik kawalan BBP Kota Belud terima laporan bahawa terdapat seorang mangsa lelaki warga emas dikhuatiri hilang dari kediamannya.

“Menurut pengadu, mangsa keluar dari rumah kelmarin pada sekitar jam 8 pagi tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan jarak 1 kilometer dari lokasi rumah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, pencarian hari ini belum menemui mangsa.

Tambahnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Exit mobile version