Site icon TUHAU BAMBANGAN

Wanita cedera, kereta dipandu waktu subuh terbabas sendiri di Jalan Sempora – Tawau

Gambar: Bomba Sabah

SEMPORNA: Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan selepas Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sendiri di bahu jalan dalam kejadian kemalangan di kilometer 42 Jalan Semporna – Tawau awal subuh hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kemalangan itu pada jam 3.02 pagi. 

“Seramai tujuh anggota pasukan Bomba dari BBP Semporna telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 47 kilometer dan tiba pada jam 3.48 pagi. 

“Lapor kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi terbabas sendiri ke bahu jalan. 

“Terdapat seorang mangsa terlibat, iaitu wanita dewasa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Pasukan Bomba seterusnya bertindak menjalankan pemeriksaan memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan setelah keadaan memastikan keadaan selamat.

Operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 pagi.

Exit mobile version