Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki cedera, kereta dipandu langgar lori 10 tan bawa muatan tayar di Jalan Teluk Sepanggar

Gambar: Bomba Sabah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan selepas Proton Saga yang dipandunya melanggar sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tayar di Jalan Teluk Sepanggar pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.36 pagi. 

Katanya, seramai empat anggota pasukan Bomba dari BBP Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 21 kilometer dan tiba pada jam 6.53 pagi. 

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga melanggar Lori 10 tan membawa muatan tayar yang diletakkan di tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa pemandu Proton Saga mengalami kecederaan telah dihantar oleh orang awam ke Hospital TLDM sebelum ketibaan jentera Bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi dan seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.10 pagi.

Exit mobile version