Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki warga emas ditahan, curi barangan syarikat di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencuri beberapa barangan milik sebuah syarikat di sekitar bandar Tawau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau selepas pihak syarikat membuat laporan kehilangan barangan yang disedari pada 10 Disember yang lalu.

“Antara barangan yang hilang termasuk sebuah televisyen, meja, kerusi, alat gym, dan sebuah laci (drawer) yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit. Suspek dipercayai memasuki premis tanpa kebenaran dan melarikan barangan tersebut,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan kira-kira jam 3.35 petang di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian. Beberapa barangan yang dicuri juga turut berjaya ditemui semula semasa serbuan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak seorang diri dan dipercayai menggunakan barangan tersebut untuk kegunaan peribadi. Namun, polis tidak menolak kemungkinan ia akan dijual,” katanya.

Tambahnya, suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version