Site icon TUHAU BAMBANGAN

Dua lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan libatkan dua lori, Hilux, Avanza & Fortuner di Jalan Kimanis – Keningau

KIMANIS: Dua mangsa tersepit alami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan babit lima kenderaan di Jalan Kimanis – Keningau tengah hari tadi. 

Mangsa terlibat merupakan semua lelaki berusia 38, 20, 25 dan 29 tahun di mana dua mangsa lagi tidak alami kecederaan dan kenderaan terbabit termasuklah lori enam tan, Treler Toyota Avanza, Toyota Hilux dan Toyota Fortuner. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.23 petang. 

“Seramai sembilan anggota pasukan Bomba dari BBP Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 8 kilometer dan tiba pada jam 1.33 petang.

“Terdapat empat orang mangsa terlibat yang mana dua orang mangsa tersepit manakala dua lagi orang mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberikan rawatan awal kepada mangsa seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan EMRS dan juga Ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain operasi ditamatkan pada jam 3.22 petang. 

Sementara itu, turut dilaporkan kenderaan bergerak dari arah Papar menghala ke Keningau melalui Jalan Kimanis.

Lori 6 tan berkenaan dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit dan terus merempuh Toyota Fortuner hingga menyebabkan berlaku perlanggaran terhadap tiga lagi kenderaan di hadapan.

Exit mobile version