INANAM: Seorang lelaki dilaporkan alami cedera parah selepas cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Nelly, Kolombong pagi tadi.
Mangsa, Woo Chee Ke, 54 tahun yang tinggal sendiri di rumah itu telah melecur 80% akibat kebakaran yang dipercayai apinya berpunca dari dapur.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.49 pagi.
“Lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah flat jenis kekal berkeluasan 20X30 kaki persegi terbakar 20 peratus.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran, 200 kaki, dua pancutan dan sumber air dari tangki jentera.
“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat mengalami cedera parah dan melecur 80% ketika cuba menyelamatkan diri dari kebakaran itu.
“Mangsa telah pun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.42 pagi.