Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika pasang solar di bangunan pejabat JKR Ranau

RANAU: Tiga lelaki yang merupakan kontraktor dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya, Ranau pagi tadi.

Tiga mangsa terbabit ialah, Wong, 54 tahun, Salleh, 34 tahun dan Gimbal, 25 tahun. Manakala seorang lagi mangsa Dani, 20 tahun dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.46 pagi.

“Seramai tujuh anggota pasukan Bomba dari BBP Ranau telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 1 kilometer.

“Tiga orang mangsa terkena renjatan elektrik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai KKM, manakala seorang mangsa lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan Bomba seterusnya bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat sebelum menyerahkan kesemua mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.03 tengah hari.

Exit mobile version