KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan terperangkap di luar koridor bangunan di tingkat enam, One Sulaman Platinium Tower, telah berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.15 malam, semalam.
Katanya, seramai 10 anggota pasukan Bomba dari BBP Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer dan tiba di lokasi tepat pada jam 10.33 malam.
“Lapor, setibanya pasukan Bomba di lokasi, benar terdapat seorang mangsa remaja perempuan berusia 19 tahun tersekat di antara koridor di luar beranda rumah.
“Pasukan Bomba dan PPE lengkap menggunakan tali dan Harness pada penyelamat dan juga pada mangsa untuk di bawa turun pada tingkat yang sama.
“Selepas mangsa berjaya diselamatkan dan dipastikan tiada kecederaan, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya tepat pada jam 11 malam.