Site icon TUHAU BAMBANGAN

Perempuan cedera parah, motosikal ditunggang terbabas sendiri di Taman Awam Teluk Likas

KOTA KINABALU: Seorang perempuan, 33 tahun dilaporkan mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri di jalan Taman Awam, Teluk Likas pagi tadi.

Manakala, seorang mangsa lagi, iaitu lelaki, 39 tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan di bahu dalam kejadian pada lebih kurang 9.20 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai tiga anggota Bomba dari BBP Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

“Lapor kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 terbabas sendiri.

“Terdapat dua mangsa terlibat dan mengalami kecederaan di bahu (lelaki) dan perempuan dilaporkan alami cedera parah.

“Pasukan Bomba bertindak memberikan rawatan aw dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Likas menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.45 pagi.

Exit mobile version