Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki maut dibaham buaya ketika dalam perjalanan pulang dari memancing, anggota badan tidak lengkap ketika ditemui

SEMPORNA: Seorang lelaki dilaporkan maut dibaham buaya ketika dalam perjalanan pulang dari memancing dalam kejadian di Kampung Sungai Pagagau, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 4.43 petang, hari ini.

“BBP Semporna terima panggilan kecemasan dari Balai Polis Semporna terdapat seorang mangsa dikhuatiri hilang di sungai.

“Menurut maklumat pemanggil, mangsa berusia 40 tahun dalam perjalanan pulang dari memancing seorang diri menggunakan perahu pada jam 6 petang kelmarin di sungai pegagau dan tidak pulang sehingga hari ini.

“Lapor bahagian badan mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada 4.30 petang tadi dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Operasi ditangguhkan pada jam 6.31 petang dan pencarian anggota badan lain mangsa akan disambung semula esok.

Exit mobile version