Site icon TUHAU BAMBANGAN

Budak 2 tahun maut, dipercayai digigit anjing liar

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut selepas diserang dan digigit oleh sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Supt. Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya telah melihat video tular mengenai kejadian tersebut.

Katanya, video tular itu menunjukkan mangsa dalam keadaan bogel, berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan.

Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga menerima laporan dan membuka siasatan berhubung kes kematian mengejut itu.

“Dalam kejadian itu, kanak-kanak lelaki tempatan berusia dua tahun tujuh bulan maut berikutan serangan anjing liar itu.

“Bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Sabri pada masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video mangsa bagi menjaga sensitiviti keluarganya.

Exit mobile version