Site icon TUHAU BAMBANGAN

Masidi ketuai jawatankuasa khas Gagasan Rakyat bincang kerjasama PRN-17

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun akan mengetuai satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi tujuan membincangkan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17). 

Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,, perbincangan kerjasama itu termasuklah dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH-Plus. 

“Kita sudah bincang juga mengenai kita menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Masidi untuk berbincang dengan rakan-rakan parti komponen dalam GRS termasuklah juga parti yang mendukung kerajaan sekarang ini, iaitu PH-Plus. 

“Jadi, kita fokuskan kepada perbincangan rakan-rakan kita dalam kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Hajiji memaklumkan walaupun perbincangan itu difokuskan kepada rakan-rakan komponen dalam GRS serta PH-Plus, tidak bermakna pihaknya akan menutup pintu kepada parti-parti lain untuk bekerjasama.

“Tapi, ini tidak bermakna kita menutup pintu kepada parti-parti yang lain yang juga mendukung kerajaan perpaduan ini.

“Jadi, kita sentiasa terbuka dan boleh berbincang, yang penting ialah, untuk kebaikan negeri kita Sabah,” jelasnya.

Exit mobile version