Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki, wanita ditahan positif dadah & miliki Syabu dianggar bernilai RM16,000

PENAMPANG: Seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan polis kerana didapati memiliki dadah jenis methamphetamine (syabu) dianggar bernilai RM16,000 di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton berkata, tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang pada kira-kira jam 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, pihak polis telah berjaya merampas 10 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Syabu yang dirampas itu adalah seberat 501.29 gram dalam simpanannya yang dianggarkan bernilai RM16,000 mengikut harga pasaran secara keseluruhan.

“Kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine setelah ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Katanya lagi, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Juga hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebar tidak kurang 15 sebatan, jika disabitkan kesalahan,” jelasnya.

Tambahnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua suspek kini ditahan reman.

Exit mobile version