Site icon TUHAU BAMBANGAN

Dua warga emas cedera, lori 3 tan terbabas lepas bertembung trailer

TAWAU: Dua warga emas dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan yang dilaporkan terbabas sendiri ke bahu jalan selepas bertembung dengan sebuah trailer di Kampung Beruang Bombalai pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.11 pagi.

“Tiga mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba yang mana dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan manakala seorang lagi selamat.

“Mangsa cedera, iaitu pemandu lori Mahammad Sudin, 70 alami kecederaan di bahagian tangan kanan dan paha kanan manakala mangsa kedua, wanita Samatang Baco, 61 tahun merupakan penumpang lori cedera di bahagian muka.

“Seorang lagi mangsa, Ismail Mahammad, 43 tahun juga penumpang lori ditemui dalam keadaan selamat,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya diberikan rawatan aeal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.51 pagi.

Exit mobile version