Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pendaki Gunung Kinabalu terjatuh dan cedera paha kanan

RANAU: Seorang pendaki, iaitu lelaki warga Hong Kong dilaporkan mengalami kecederaan di paha kanan selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MoSAR menerima panggilan kecemasan daripada malim gunung mengenai kejadian itu pada jam 9.03 pagi.

“Mangsa lelaki yang berusia 30 tahun itu terjatuh semasa menuruni gunung di kilometer 6.3 dan mengalami kecederaan di paha kanan.

“PBB Mosar bersama Sabah Park bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum di bawa turun.

“Selesai rawatan awal, mangsa seberat 80 kilogram itu dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan Niel Robertson Strecher,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Exit mobile version