Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki cedera parah tersepit dalam Myvi selepas bertembung Vigo di Papar

PAPAR: Seorang lelaki dilaporkan mengalami cedera parah akibat tersepit selepas Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota Vigo dalam kejadian di Kampung Purak di sini, petang tadi. 

Manakala, seorang lagi rakannya yang merupakan penumpang Myvi juga tersepit hanya mengalami cedera ringan dan pemandu Vigo pula dilaporkan selamat. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar,  Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.11 petang. 

“Dua mangsa tersepit dalam Myvi, iaitu Mohamad Haiqal Daniel Mohd Hasiri, 22 (pemandu) mengalami cedera parah dan Mohammad Akmal Noordin, 22 (penumpang).

“Pasukan Bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa tersepit sebelum menghantar mangsa ke hospital Papar menggunakan EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Manakala, pemandu Toyota Vigo, Mohd Fazirul Azri Mohd Zainal, 29 tahun selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini. 

Katanya lagi, setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi seterusnya ditamatkan pada jam 2.49 petang. 

Exit mobile version