Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tiga termasuk kanak-kanak 11 tahun rentung dalam kebakaran rumah di Pitas

KOTA MARUDU: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Blok 5, Pitas, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Manakala tiga lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Pitas.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, semasa kebakaran yang bermula kira-kira pukul 2.19 pagi, mangsa berusia 11 tahun ditemukan di ruang tamu, mangsa kedua, lelaki berusia 50an ditemukan di dapur dan seorang lagi lelaki warga emas berusia 60an ditemui di bilik air.

Komander operasi, Asman Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian malang itu pada jam 2.19 pagi dan bergegas ke lokasi dengan tiga buah jentera bersama lapan anggota.

“Kejadian kebakaran ini melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal bersama dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja terbakar 100 peratus.

“Dalam pada itu, operasi memadamkan kebakaran yang dilakukan dengan sumber air dari jentera dan api berjaya dikawal pada jam 3.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Operasi menyelamat turut disertai pasukan polis dan operasi memadam kebakaran selesai sepenuhnya pada jam 6.36 pagi tadi.

Exit mobile version