Site icon TUHAU BAMBANGAN

Murid SK Taman Rimba Sandakan maut, disyaki keracunan makanan

KOTA KINABALU: Seorang murid darjah 4 di Sekolah Rendah (SK) Taman Rimba Sandakan dilaporkan meninggal dunia disyaki akibat keracunan makanan, semalam.

Mangsa, Muhammad Mifzal Anaqi Rizal, 10 tahun, difahamkan dilatih di bawah akademi bola sepak sekolah itu. 

Memetik catatan Facebook Akademi Bola Sepak Remaja Sandakan, Sabah berkata, dikhabarkan kehilangan adik Muhammad Mifzal Anaqi di kampung halamannya. 

“Dikhabarkan, pemergian beliau adalah disebabkan keracunan makanan. Beliau sangat aktif di akademi ini dan beliau bermain di bawah kategori 10 tahun di bawah kendalian Rimba United Football Club Sandakan.

“Kami dari akademi ini turut berduka cita dan mendoakan semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, beliau anak syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Alias Sani berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sama ada kematian Mifzal disebabkan makanan tercemar atau kekurangan air bersih di Sandakan. 

Sementara itu, dalam perkembangan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan sebanyak 103 kes keracunan makanan membabitkan pelajar SK Pulau Gaya sejak Isnin (22 Julai) lalu. 

Murid yang terjejas, berumur antara enam dan 12 tahun, mengalami simptom termasuk muntah, cirit-birit dan sakit perut.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr. Asits Sannaberkata lapan kes memerlukan kemasukan ke hospital, manakala 95 dirawat sebagai pesakit luar. 

“Semua kes dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tanpa kematian. 

“Siasatan awal menunjukkan pelajar terbabit makan nasi lemak kira-kira jam 9.50 pagi Isnin.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Exit mobile version