Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerajaan negeri sentiasa nilai dan akan ubah SOP sedia ada ikut keperluan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa membuat penilaian semula dan akan mengubah prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sekiranya ada keperluan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, langkah itu bagi memastikan SOP sedia ada kekal relevan dengan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Sabah semalam mencatatkan peningkatan kes tertinggi dengan 818 kes baharu, dua kematian dan enam kluster baharu direkodkan.

Masidi dalam kenyataannya semalam berkata, jumlah berkenaan adalah yang tertinggi dicatatkan di Sabah sejak Pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan bilangan kes tinggi yang direkodkan kerana saringan bersasar dalam kalangan kontak rapat sedang giat dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19.

Dan yang penting pada ketika ini adalah untuk mempercepatkan pemberian vaksin. Sepanjang bulan ini sahaja, Sabah sudah menerima lebih satu juta dos vaksin, terang Masidi dalam kenyataannya semalam.

Dengan peningkatan jumlah pemberian vaksin harian, Masidi juga berharap agar orang ramai terus mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.

Sumber: UB

Exit mobile version