Site icon TUHAU BAMBANGAN

Dua maut tersepit dalam kemalangan jalan raya di Kota Belud

KOTA BELUD: Dua mangsa maut, manakala dua lagi berjaya selamat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Kelawat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, berlaku pertembungan di antara kereta jenis Proton Wira dan kereta jenis Toyota Revo.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 7.42 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari BBP Kora Belud diarahkan ke lokasi yang berada sejauh 16 kilometer (km).

“Terdapat dua orang mangsa tersepit dalam kereta Proton Wira dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Manakala pemandu dan penumpang Toyota Revo dilaporkan selamat.

Seterusnya pasukan bomba melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 9 malam.

Exit mobile version