Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lebih 13 ribu kanak-kanak terbunuh di Gaza

GAZA: Lebih 13,000 kanak-kanak terbunuh dalam serangan di Gaza, manakala terdapat ribuan lagi yang cedera parah dan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan serta ramai yang menderita akibat kebuluran. 

Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, tidak pernah melihat kematian kanak-kanak sebegini besar dalam mana-mana perang atau konflik sebelum ini di dunia.

Pengarah Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Catherine Russell turut menceritakan pengalaman melawat wad kanak-kanak yang menderita akibat kurang makanan.

Tambah Catherine lagi, seluruh wad sunyi sepi kerana kanak-kanak dan bayi tidak lagi berdaya untuk menangis.

Ia diburukkan lagi dengan birokrasi yang menyebabkan konvoi tidak dapat menghantar bantuan ke Gaza yang amat kritikal sekarang.

Kecaman antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel akibat peningkatan kematian orang awam dan krisis kebuluran di Gaza.

Ditambah dakwaan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke wilayah dilanda konflik terburuk itu.

Exit mobile version