Site icon TUHAU BAMBANGAN

Taburan hujan makin berkurangan di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Metreologi Malaysai (MET Malaysia) memaklumkan taburan hujan di negeri Sabah semakin berkurangan serta kebanyakkan negeri di Semenanjung pada hari ini.

Jelas MET Malaysia, keadaan asap tebal yang berlaku boleh menjejaskan kesihatan, menyumbang kepada peningkatan suhu dan seterusnya membahayakan kesihatan orang awam. 

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk bersabar, kurangkan aktiviti luar dan tidak membuat pembakaran terbuka disebabkan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. 

Sementara itu, MET Malaysia, dalam satu kenyataan memaklumkan potensi peratusan hujan turun di negeri Sarawak pula tinggi di hampir semua bahagian di negeri itu termasuk, Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman pada petang ini. 

“Kawasan Kapit, Bintulu, Betong dan Sibu juga diramal hujan turun pada petang ini. 

“Di Semenanjung, terdapat perbezaan angin yang ketara di pedalaman Pahang dan ini akan menjadi faktor pembentukan awan setempat sekali gus terdapat kebarangkalian berlaku hujan di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Hujan turut dilaporkan berpotensi turun di negeri Pahang dan selari dengan tiupan angin dari arah timur laut seterusnya memasuki di pedalaman Selangor.

Exit mobile version