Site icon TUHAU BAMBANGAN

71 KIR mangsa kebakaran Kg Tanjung Batu Keramat masing-masing terima bantuan RM3,000

TAWAU: Seramai 71 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat (Logpond) masing-masing menerima sumbangan bantuan sebanyak RM3,000 daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Kompleks Sukan pada Isnin.

Mereka masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM1,000 dan sumbangan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) sebanyak RM1,000.

Manakala RM700 dari Yayasan Kebajikan Negeri Sabah dan RM300 dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberikan bantuan sebanyak RM20,000 untuk bantuan pembelian bahan binaan rumah kepada 45 buah rumah yang musnah terbakar 100 peratus.

Manakala, 7 buah rumah yang musnah kira-kira 30 peratus akan menerima bantuan RM10,000.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

“Inilah Kerajaan Negeri hari ini, sentiasa prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah kebakaran, kita santuni dan memberi bantuan lebih-lebih lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

“Dengan bantuan pembelian bahan binaan rumah daripada Kerajaan Negeri, diharap mangsa kebakaran akan dapat membina semula rumah mereka di tapak kampung itu yang merupakan rizab kampung yang sudah diwartakan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Exit mobile version