Site icon TUHAU BAMBANGAN

Agong, Raja Permaisuri seru umat Islam tingkat amal ibadah sempena bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh negara. 

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menyeru semua umat Islam agar merebut peluang mempertingkatkan amal ibadah dan mengeratkan ukhuwah sesama umat.

“Ketepikan sebarang perselisihan, perbalahan dan perseteruan bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” titah baginda berdua. 

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam untuk bersama baginda bermunajat dan berdoa semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada apa jua bentuk ancaman, bencana dan musibah. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Ahmad pada Ahad lepas mengumumkan umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa pada hari ini, iaitu bersamaan 1 Ramadan 1445H/ 12 Mac 2024 Masihi. 

Exit mobile version