Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki maut selepas lori treler terbabas, rempuh tebing bukit

TUARAN: Seorang pemandu lori maut tersepit selepas lori treler yang dipandu terbabas sendiri lalu merempuh tebing bukit di Jalan Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli, Ranau petang tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.46 malam. 

“Kemalangan melibatkan sebuah lori treler terbabas sendiri lalu merempuh tebing bukit di jalan Kampung Kelawat. 

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. 

“Mangsa, Raimon Wadang, 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Mayat mangsa kemudia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. 

Exit mobile version