PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit di bawah lori selepas motor yang ditunggangnya terbabas di jalan berdekatan Petron Kinarut, Papar petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.34 petang.
“Lapor kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha LC terbabas lalu tersepit di bawah lori berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas di bantu Towing Kereta.
“Mangsa, Moksin Aduruk, 48 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Ambulans KKM di lokasi kejadian dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Rozlan berkata, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 3.47 petang.