Site icon TUHAU BAMBANGAN

Puasa umat Islam di Malaysia bermula Selasa ini

KUALA LUMPUR: Puasa umat Islam di seluruh negara Malaysia tahun ini akan bermula pada Selasa ini, iaitu 12 Mac 2024.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada jam 8 malam tadi.

Katanya, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara ini mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tarikh penting itu diumumkan Syed Danial secara langsung menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah, pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah, iaitu petang tadi.

Exit mobile version