KOTA KINABALU: Dua pengunjung ‘FunFair’ menjadi mangsa selepas mengalami cedera di kepala dipercayai tercampak lalu terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ di Jalan Stadium Likas dekat sini kira-kira jam 8 malam tadi (6 Mac).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.58 malam.
“Sepasukan Bomba dari BBP Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa perempuan 29 tahun mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari permainan ‘sootng ride’ tersebut.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital Queen Elizabeth bagi tujuan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Tambah kenyataan itu lagi, mangsa pertama, iaitu lelaki telah pun dibawa awal oleh pihak ambulan ke Hospital Queen II sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
“Hasil daripada maklumat yang bomba perolehi, mangsa lelaki tersebut turut mengalami cedera di bahagian kepala,” katanya.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.40 malam.