Site icon TUHAU BAMBANGAN

Perkasa bidang ekonomi, bantu tingkat taraf kehidupan – Ruslan

KOTA KINABALU: Semua Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) digesa untuk memperkasa bidang ekonomi dalam diri bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan.

Naib Presiden PBS, Datuk Ruslan Muharam berkata, semua individu termasuk ahli-ahli PBS perlu mencorak satu langkah dalam usaha memperkasakan ekonomi dengan menyertai pelbagai seminar atau kursus-kursus yang dikongsikan oleh salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti koperasi Perbadanan Pinjaman Sabah.

“Kita telah pun memberi pendedahan kepada seramai 60 peserta yang mengambil bahagian dalam seminar ini. 

“Peluang-peluang yang terdapat daripada salah satu GLC kerajaan negeri di mana setiap perbadanan pinjaman Sabah ini, banyak program-program yang boleh membantu rakyat. 

“Menerusi seminar ini juga, kita telah pun memberikan perkongsian dalam penubuhan dan juga kejayaan koperasi yang sudah pun berusia sepuluh tahun, iaitu di bawah pimpinan kita Koperas Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad, di mana kita bermula dari kosong dan kini kita mampu mencapai pendapatan sehingga RM3 juta setahun,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Selesai Seminar Sempena Ulang Tahun PBS Ke-39 di sini, semalam. 

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pentingnya perkongsian ilmu ini kepada kepada semua Ahli PBS agar mereka dapat memperkasa bidang ekonomi dengan kekuatan di kawasan atau kampung masing-masing. 

“Saya yakin dengan adanya kawasan-kawasan di negeri Sabah ini semuanya ada potensi untuk dimajukan dalam perniagaan melalui konsep koperasi seperti contoh, pertanian, pelancongan dan lain-lain. 

“Jadi maknanya dengan adanya penubuhan koperasi, kita dapat juga suntikan dan juga khidmat nasihan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dapat membantu kita sebagai koperasi berprestasi tinggi serta membantu kita berhadapan dengan cabaran-cabaran mengharungi alam perniagaan,” katanya.  

Exit mobile version