Site icon TUHAU BAMBANGAN

RM7.50 kadar Zakat Fitrah bagi Sabah tahun ini

KOTA KINABALU: Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Sabah pada tahun 1445H bersamaan tahun 2024 Masihi ialah, RM7.50 ke atas setiap umat Islam yang bermastautin di negeri ini.

Pengisytiharan itu dilakukan oleh Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, kadar ini adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram (kg) beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri Sabah.

Sementara itu, katanya, jumlah pungutan zakat fitrah pada tahun lalu, 2023 bersamaan 1444H ialah berjumlah, RM11,251,061.26.

“Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lalu adalah seramai 1,607,201 orang, iaitu meningkat sebanyak 2.99 peratus berbanding tahun 2022, 1443H.

“Bagi agihan zakat pula, pada tahun lalu Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS telah berjaya membuat agihan kepada asnaf sebanyak RM140,953,600.96 untuk 110,459 orang asnaf.

“Manakala lebihan yang tidak sempat diagih pada hujung tahun lalu telah mula diagih pada awal tahun ini,” katanya ketika mengisytiharkan kadar zakat fitrah negeri Sabah bagi tahun ini.

Tambah beliau, tahun ini, pihaknya mensasarkan pungutan zakat dan fitrah sebanyak RM156,725,000.

“Dimana pungutan zakat fitrah dijangka berjumlah RM11,725,000, manakala pungutan zakat harta dijangka berjumlah RM145 juta,” katanya.

Exit mobile version