Site icon TUHAU BAMBANGAN

Bomba selamatkan 9 mangsa bot karam di Pulau Tobo-Tobo

SEMPORNA: Sembilan mangsa termasuk tiga kanak-kanak diselamatkan pasukan Bomba selepas bot nelayan yang dinaiki mereka karam dipukul ombak di perairan Pulau Tobo-Tobo petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, PBT Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 3.45 petang.

“Mangsa terdiri dari seorang lelaki dewasa, lima wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Difahamkan kesemua mangsa dalam perjalanan ke Pulau Sumande sebelum panggilan kecemasan dibuat dan seterusnya semua mangsa terlibat berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan dinaikkan ke Bot Kevlar Bomba.

“Semua mangsa dilaporkan selamat dan seterusnya hantar ke Pulau Sumandeh untuk balik ke rumah masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah pasukan Bomba memastikan tiada bahaya lain operasi ditamatkan pada jam 4.48 petang.

Exit mobile version